Tentang Kami

 RHM membawa maksud   "Rahsia Hidup Mewah" . RHM Global Sdn.Bhd adalah sebuah Syarikat Perdagangan sejak 2010 dan mendapat lesen jualan langsung sehingga 2014 kemudian selepas itu menjalankan perniagaan secara pemasaran dengan melantik dealers dan ejen.

Bermula 1hb. April 2010 RHM Global dikendalikan oleh Encik Azizan bin Bukhari. Beliau adalah orang yang terlibat secara aktif dalam memasarkan produk RHM Global di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Labuan dan Brunei Darussalam

Selepas beliau secara rasmi mengendalikan keseluruhan operasi syarikat. Ibu pejabat RHM Global berpindah dari Cheras, Kuala Lumpur ke Kajang , Selangor sejak 2017. En.Azizan Bukhari mempunyai pengalaman selama 28 tahun (Kemaskini 2024) sebagai usahawan di syarikat Sdn.Bhd sebagai pengarah sebelum RHM Global dan juga peneraju dalam MLM ( Jualan Langsung ) sejak 1996 dalam syarikat tempatan dan luar negara. Di waktu itu beliau pernah layak untuk menghadiri satu seminar di Bangkok, Thailand dari syarikat antarabangsa yang dihadiri oleh seluruh rangkaian di Pasifik Asia.

 

Berikut adalah MESEJ kepada semua pengguna dan pengedar atau ejen RHM Global . .

Sukacita saya mengalu-alukan kedatangan anda ke RHM Global. Sebagai sebahagian daripada syarikat Pemasaran di Malaysia, kami berdasarkan prinsip untuk meningkatkan kehidupan dengan membantu dan membimbing orang ramai untuk menyesuaikan rutin harian mereka agar sesuai dengan gaya hidup yang lebih baik, sihat dan seimbang.

Kami (RHM Global) percaya bahawa untuk berjaya dalam jangka panjang dalam perniagaan, ia perlu mencipta nilai untuk peniaga atau ejen & pelanggan kami yang merupakan bahagian asas strategi perniagaan kami.

Kami membina kepada satu budaya iaitu 'We Care, We Share, We Love "di kalangan peniaga, kakitangan dan pengurusan melalui kejujuran, keyakinan dan kerjasama. Kami (RHM Global) sedang mencipta situasi "Menang-Menang" yang memupuk pengedar kami untuk menjadi bintang berkilauan dalam arena pemasaran.

Marilah kita bekerjasama sebagai sebuah keluarga untuk mencapai objektif dengan menyebarkan falsafah syarikat kami ke setiap sudut dunia. Kami berharap bahawa akan ada lebih ramai orang menyertai kami dengan itu membantu orang lain untuk mewujudkan dan mengekalkan gaya hidup yang sihat.

RHM Global telah mengambil langkah baharu dalam mempromosikan jenamanya sejak 1 April 2010. Sudah empat belas tahun (dikemas kini 2024) RHM Global memasuki pasaran selepas 2010.

Bagi saya, tidak begitu banyak berbeza sama ada menjadi pemimpin atau pengasas dalam membina rangkaian terutamanya dalam perniagaan MLM. Dari pengalaman lalu saya sebagai pemimpin, membina organisasi dalam 14 tahun (kemas kini 2024) adalah sama pentingnya dengan pembangunan untuk menjadi yang terbaik

Bagi saya, RHM Global adalah sebuah syarikat yang masih dianggap baru dalam Syarikat Permasaran. Walau bagaimanapun dalam tempoh 14 tahun adalah sangat baik untuk mengetahui bahawa pertumbuhan syarikat pemasaran meningkat di negeri Sabah dan Brunei Darussalam di kekalkan.

RHM Global sejak 2015 telah dipasarkan di Negara Brunei Darussalam sehingga kini, terutamanya bagi Bio factor 9 yang semakin mendapat permintaan daripada masyarakat di sana.

Oleh itu RHM Global atau singkatan "Rahsia Hidup Mewah", menawarkan untuk semua masyarakat di seluruh Malaysia dan Brunei Darussalam menjadikan adalah SATU KERJAYA GEMILANG dengan slogan "Pilihan Utama Pengguna dan Perniagaan" .

Oleh kerana RHM Global yang memasarkan produk yang berkualiti tinggi selaras dengan keperluan manusia secara tidak langsung memberi manfaat kesihatan kepada pengguna buktinya ramai pengguna produk berpuas hati dan terus mengamalkannya. RHM GLOBAL percaya setiap pengguna secara tidak langsung akan melangkah ke dunia perniagaan sebagai seorang usahawan pemasaran kerana mereka percaya produk keluaran RHM Global akan menjadikan untuk terus berjaya . Mereka bersedia memberi perkhidmatan kepada masyarakat bukan kerana rancangan perniagaan yang menjanjikan pendapatan yang hebat semata-mata .

Oleh itu, RHM Global berikrar akan memberikan komitmen dan sokongan dengan membantu usahawan dengan pelbagai latihan bagi menjadikan mereka berdaya saing, strategi perniagaan terbaik mengikut trend semasa secara online ataupun offline menerusi satu kumpulan yang diketuai oleh pengasas sendiri sejak 2010 lagi iaitu RHM Global Marketing , kumpulan ini bertindak sebagai pengumpul Data Organisasi anda sebagai peniaga, transaksi Perbankan Dalam ( Online ) , serta menyediakan alat perniagaan terbaik termasuk modul MOTIVASI yang sangat sistematik, yang paling penting mudah diamalkan serta kursus kepada pengedar menjadi usahawan dan pemimpin yang berkaliber.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi usahawan perniagaan ini sebagai peniaga atau ejen hubungi kami, ini di perlukan bagi mengimbangi permintaan yang semakin meningkat. Kami akan membantu anda dengan sebaik mungkin bagi merealisasikan impian anda. Pasti Hebat!